Resepi Ayam Goreng Berlada

Ayam Goreng Berlada

Ayam Goreng Berlada ialah hidangan tradisional Malaysia yang terkenal dengan rasa pedas dan aroma wangi cili serta bawang. Hidangan ini menggunakan ayam yang digoreng garing dan disalut dengan sambal berlada. Ia menjadi pilihan utama dalam majlis kenduri, makan malam keluarga, atau hidangan harian kerana mudah disediakan tetapi kaya dengan rasa.

Menu pilihan golongan muda-mudi. Kalau di hidangkan di atas meja, Ayam Goreng Berlada menjadi pilihan utama. seperti anak-anak saya pun,mereka akan bertanya apa menu hari ni. Jawapan menu ayam goreng berlada terus semangat nak makan nasi.

Alhamdulillah, kali ni saya berkongsi resepi untuk menyediakan Menu Ayam Goreng Berlada,resepi ini untuk 5 orang makan.

Bahan-bahan Penyediaan Ayam Goreng Berlada :

  • Seekor ayam potong 14
  • 15 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang besar *
  • seinci halia *
  • 4 biji cili besar merah *
  • 7 biji cili besar hijau *
  • segenggam cili padi campur merah dan hijau *
  • 2 inci belacan *

nota > cili boleh kurangkan jika tak mahu terlalu pedas.

Bahan hiasan :

  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar holand
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut

Bahan Tambahan :

  • minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
  • 1 sudu tea garam untuk perap ayam
  • 1 sudu tea kunyit untuk perap ayam
  • gula secukupnya
  • sedikit cuka
  • cukup rasa meggi sebagai penambah rasa.

Langkah Menyediakan :

Ayam diperap dengan garam dan kunyit
Ayam selepas dipotong dan dibersihkan.kemudiakan perap bersama garam dan kunyit. Perap selama 10 -15 minit sebelum menggoreng
Ayam sedang di goreng

Panaskan minyak dalam kuali,pastikan minyak banyak biar ayam tenggelam dalam minyak,

Tips >> Pastikan minyak betul2 panas baru kita masukkan ayam dalam kuali.tips ini untuk memastikan ayam masak dengan elok dan cantik.

Apabila semua ayam sudah masak ketepikan dulu, minyak lebihan goreng ayam digunakan untuk menumis sambal berlada .next step >>>

Bahan-bahan dikisar
Bahan-bahan diblander sehingga hancur,dan jangan terlalu hancur,sebab kita nak pastikan kepingan cili masih jelas. selepas blander ketepikan dahulu.
Bahan-bahan yg dikisar di tumis dalam minyak goreng ayam

Panaskan balik minyak lebihan gorengan ayam tadi.masukkan bahan-bahan yang telah di blander tadi. Biarkan seketika dan kacau sehinggan mendidih. Apabila bahan tumisan sudah masak.minyka naik di paras atas bahan tumisan.

Bahan tambahan yang membangkitkan aroma ayam goreng berlada
Bahan tambahan.ketuk serai dan masukkan kedalam tumisan tersebut.dan masukkan daun limau purut untuk bangkitkan lagi bau tumisan.
Penyedap rasa
Tomato dan bawang besar holand boleh dihiris dadu.
Dipotong secara dadu
Dah siap potong dadu tomato dan bawang
Dicampur dalam Ayam Goreng Berlada
Campurkan semua potongan dadu tomato dan bawang holand.disini kita boleh tambah rasa tambahan. Garam,gula,cuka dan secukup rasa.

Nota >> gula garam dan cuka, jangan terlalu banyak.selepas bahan dah layu masukkan ayam yang telah di goreng tadi.

Ayam Goreng Berlada siap untuk dihidang.
Yang terakhir masukkan ayam yang telah digoreng tadi,kemudian rasa sekali lagi apa yang perlu di tambah. pastikan rasa sekata.garam gula dan cuka itu akan menjadikan menu ayam goreng berlada rasa wowwww…

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Goreng KicapAyam Masak PaprikAyam Goreng Berempah di lain resepi

Selamat mencubaaaaa !!!

5 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Muhamad Naim
Muhamad Naim
3 years ago

Sedapnya masakan ni… ❤️