
Sup ikan merah adalah hidangan tradisional yang digemari ramai kerana rasa yang ringan, aromatik, dan penuh khasiat. Ikan merah terkenal dengan teksturnya yang lembut serta kandungan protein yang tinggi. Selain itu, sup ini sering menjadi pilihan sebagai hidangan untuk kesihatan kerana rendah kalori dan mudah dihadam, sesuai untuk mereka yang sedang pulih daripada sakit atau menjaga pemakanan. Hidangan ini juga boleh diolah mengikut citarasa dengan menambah herba segar seperti daun ketumbar, halia, dan bawang putih, menjadikannya lebih menyelerakan.
Kali ni mokwea nak berkongsi resepi yang semua orang pandai buat sebenarnya,cuma cara dan bahan-bahan mungkin sedikit berbeza.sebab ini resepi yang mokwea buat tak pernah mengecewakan anak – anak dan suami.
Tanpa berlengah jom kita tengok bahan-bahan yang perlu kita sediakan !!!
BAHAN-BAHANNYA
- 1 ekor atau sekilo Ikan merah @ tenggiri @ putih @ siakap
- 5 ulas bawang merah * dimayang @ dihiris
- 5 ulas bawang putih * dimayang @ dihiris
- 2 inci halia * diketuk
- 2 inci lengkuas * diketuk
- 2 batang serai * diketuk
- 1 sup bunjut *
- 2 sudu minyak
- 1 asam keping
- Garam
- Sedikit secukup rasa meggi
- Air secukupnya
- Daun sup untuk hiasan
- Bawang Goreng untuk hiasan
- Tomato untuk hiasan
- Cili Padi untuk hiasan

Langkah 1
Pertama sekali kita perlu siang ikan dan bersihkan ikan dengan bersihnya,boleh potong ikan dua atau tiga bahagian, ikut citarasa kita nak kecil atau besar bahagian ikan.
Langkah 2
Sediakan periuk untuk menumis > panaskan periuk dan masukkan minyak sedia untuk menumis. setelah minyak sudah panas masukkan bahan-bahan yang bertanda * di atas dan tumis sehingga naik wangi dan bertukar warna kekuningan.
tips
Kita tumis semua bahan-bahan yang bertanda * bawang merah bawang putih halia lengkuas serai dan sup bunjut untuk mengelakkan ikan berbau hanyir.sebab apabila semua bahan-bahan tersebut di tumis kuah ikan akan menghasilkan bau yang sangat wangi.
Langkah 3
Setelah tumisan kita tadi berubah warna menjadi kekuningan. kemudian kita boleh tambah air secukupnya yang kita mahu. Selepas air sudah mendidih baru lah kita masukkan ikan yang telah dibersihkan.Kemudian masukkan asam keping dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih. Apabila ikan sudah masak dan kuah telah mendidih masukkan perasa garam dam secukup rasa meggi.
Last sekali rasakan sup tersebut dengan citarasa kita nak.kemudian boleh tutup api dan angkat ikan hias dalam mangkuk bersama dengan bahan-bahan hiasan seperti yang saya senaraikan di atas.
Tips dan Variasi Sup Ikan Merah
Sup Lebih Pekat: Jika suka tekstur lebih pekat, boleh tambahkan sedikit pati ikan atau sup stok.
Pilihan Sayur: Anda boleh menambah sayur seperti sawi atau lobak untuk lebih khasiat.
Penggunaan Rempah: Boleh tambah bunga cengkih atau bunga lawang untuk rasa lebih kompleks.
Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti ikan tongkol masak lemak di resepi yang lain.
selamat mencuba!!!
Tinggalkan Komen Anda..