
Pulut Panggang adalah kuih tradisional Melayu yang terkenal di Malaysia. Kuih ini terkenal dengan pulut yang lemak, digabungkan dengan serunding ikan atau udang yang manis dan pedas, kemudian dibalut dengan daun pisang dan dibakar hingga wangi. Pulut Panggang bukan sahaja enak sebagai kudapan pagi atau petang, tetapi juga popular semasa majlis keramaian. Aromanya yang unik dan rasa bakar daun pisang memberikan kelainan berbanding kuih-kuih lain.
Di bawah nanti mokwea akan sediakan cara-cara menyediakan langkah demi langkah berserta dengan gambar.
BAHAN-BAHAN
- Beras Pulut 1 kg
- Santan 1/2 kg (sebiji kelapa)
- Gula 300g
- Garam (satu sudu kecil)
- Daun Pandan
Cara -cara Membuat Pulut
- Cuci beras pulut dengan bersih. Rendam beras pulut selama 90 minit. Kemudian kukus pulut bersama daun pandan sehingga masak.
- Keluar kan pulut daripada kukusan, kemudian gaul pulut dengan santan, garam dan gula sehingga sebati (pulut kelihatan berkilat bila sudah sebati)
- Masukkan kembali kedalam kukusan, kukus selama 5 minit.
- Tutup api dan biarkan pulut sejuk.




BAHAN INTI (SERUNDING IKAN)
- Ikan 1 kg
- Cili Kering 4 Tangakai
- Bawang Putih 5 Ulas
- Bawang Merah 7 biji
- Santan 1/2kg (sebiji kelapa)
- Halia seinci
- Garam 2 sudu
- Gula 300g
Cara Membuat Inti @ Serunding Ikan
- Ikan dibersih dan direbus sehingga masak.kemudian diasingkan tulang dan isinya. (ikan selayang @ ikan kembung mokwea biasa guna untuk membuat serunding)
- Bahan diatas di blander sehingga hancur, kemudian panaskan minyak, setelah minyak panas, masukkan bahan yang diblander tadi, serta santan dan isi ikan,masukkan garam dan gula kacau sehingga kering.
Langkah Membuat Pulut Panggang
- Daun Pisang ( disalai utk elakkan pulut melekat didaun)
- Stapler dan dawai kokot (boleh guna lidi)

Tips dan Variasi
Untuk rasa yang lebih berlemak, gunakan santan segar.
Anda boleh menggantikan inti udang dengan serunding ikan atau serunding daging.
Pastikan daun pisang disalai untuk mengelakkan pulut melekat di daun semasa membungkus.
Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti kueh tepung ubi manis dan Resepi Sardin Gulung (Roll) di resepi yang lain.
Tinggalkan Komen Anda..