
Ayam Goreng Berlada ialah hidangan tradisional Malaysia yang terkenal dengan rasa pedas dan aroma wangi cili serta bawang. Hidangan ini menggunakan ayam yang digoreng garing dan disalut dengan sambal berlada. Ia menjadi pilihan utama dalam majlis kenduri, makan malam keluarga, atau hidangan harian kerana mudah disediakan tetapi kaya dengan rasa.
Menu pilihan golongan muda-mudi. Kalau di hidangkan di atas meja, Ayam Goreng Berlada menjadi pilihan utama. seperti anak-anak saya pun,mereka akan bertanya apa menu hari ni. Jawapan menu ayam goreng berlada terus semangat nak makan nasi.
Alhamdulillah, kali ni saya berkongsi resepi untuk menyediakan Menu Ayam Goreng Berlada,resepi ini untuk 5 orang makan.
Bahan-bahan Penyediaan Ayam Goreng Berlada :
- Seekor ayam potong 14
- 15 ulas bawang putih *
- 3 ulas bawang besar *
- seinci halia *
- 4 biji cili besar merah *
- 7 biji cili besar hijau *
- segenggam cili padi campur merah dan hijau *
- 2 inci belacan *
nota > cili boleh kurangkan jika tak mahu terlalu pedas.
Bahan hiasan :
- 1 biji tomato
- 1 biji bawang besar holand
- 1 batang serai
- 2 helai daun limau purut
Bahan Tambahan :
- minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
- 1 sudu tea garam untuk perap ayam
- 1 sudu tea kunyit untuk perap ayam
- gula secukupnya
- sedikit cuka
- cukup rasa meggi sebagai penambah rasa.
Langkah Menyediakan :


Panaskan minyak dalam kuali,pastikan minyak banyak biar ayam tenggelam dalam minyak,
Tips >> Pastikan minyak betul2 panas baru kita masukkan ayam dalam kuali.tips ini untuk memastikan ayam masak dengan elok dan cantik.
Apabila semua ayam sudah masak ketepikan dulu, minyak lebihan goreng ayam digunakan untuk menumis sambal berlada .next step >>>


Panaskan balik minyak lebihan gorengan ayam tadi.masukkan bahan-bahan yang telah di blander tadi. Biarkan seketika dan kacau sehinggan mendidih. Apabila bahan tumisan sudah masak.minyka naik di paras atas bahan tumisan.




Nota >> gula garam dan cuka, jangan terlalu banyak.selepas bahan dah layu masukkan ayam yang telah di goreng tadi.

Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Goreng Kicap, Ayam Masak Paprik, Ayam Goreng Berempah di lain resepi
Selamat mencubaaaaa !!!
Tinggalkan Komen Anda..
Sedapnya masakan ni… ❤️
Terima kasih,,,nant cuba2 la masak