Resepi Ayam Goreng Tepung BerCrispy

Resepi Ayam Goreng Tepung Bercrispy

Ayam goreng tepung crispy adalah hidangan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi luaran yang rangup dan isi ayam yang lembut serta berjus. Rahsia untuk mendapatkan ayam goreng yang sempurna terletak pada adunan tepung, rempah ratus, serta teknik menggoreng yang tepat. Dalam resepi ini, mokwea akan tunjukkan cara-cara lengkap untuk menghasilkan ayam goreng tepung bercrispy, seolah-olah dinikmati di restoran terkenal.

Sebenarnya mudah sangat nak buat ayam goreng rangup dan berkerinting macam kat kedai tu. Hanya perlu guna beberapa jenis tepung saja untuk menghasilkan ayam goreng yang seperti ini.

Tapi ada teknik dia yang perlu diikuti. Kalau tak ikut teknik tersebut, ayam goreng takkan menjadi elok.

Di sini mokwea sediakan cara-cara untuk menyediakan ayam goreng bercrispy serta langkah demi langkah menyediakannya. Adakah anda dah bersedia!!! jom ikut cara mokwea masak menu kegemaran anak-anak mokwea..

Bahan-bahan

  1. 1 ekor ayam potong 16 @isi dada ayam dihiris nipis-nipis
  2. 500g tepung bestari
  3. 500g tepung beras
  4. 500g tepung jagung

Langkah Pertama

1.Ayam yang dipotong 16 atau 18 @ isi dada ayam dibasuh sehingga bersih dan ditoskan sehingga kering airnya.

Info:

Tepung bestari ada yang berperisa Asli, Garlic dan Spicy. Kalau untuk anak-anak yang tak suka pedas,mokwea suka guna yang asli atau garlic.

2. Bancuh tepung bestari dengan air. Kuantiti mengikut jumlah ayam. Perap tepung bersama ayam selama setengah jam (lagi lama perap, lagi sedap) Boleh juga semasa sedang perap, simpan dia di dalam peti sejuk. Untuk mencantikkan lagi kulit gorengan, masukkan beberapa ketulan ais.( jika perlula)
3. Letak tepung bestari original (kering) ke dalam bekas besar sebab senang nak gaul dengan ayam nanti, pastikan tepung banyak supaya mudah untuk digaul nanti.

4. Goreng ayam dalam periuk menggunakan minyak yang banyak untuk hasilkan ayam goreng yang cantik dan ranggup. Periuk dugunakan untuk menggoreng supaya ayam tenggelam dalam minyak.

5.Hasilnya!!!!!!!!!amat memuaskan hati kita bila yang kita sama macam dijual dikedai.

Tips Tambahan

  • Suhu Minyak Konsisten: Pastikan suhu minyak kekal pada tahap panas yang sesuai supaya ayam masak sekata.
  • Perap Semalaman: Lebih lama ayam diperap, lebih meresap rasa dan empuk hasilnya.
  • Jenis Tepung: Tepung jagung membantu menjadikan ayam lebih ringan dan crispy.

Cadangan Hidangan

Ayam goreng tepung crispy ini sesuai dinikmati bersama sos cili, mayonis, atau hidangan sampingan seperti coleslaw dan kentang goreng. Anda juga boleh menjadikan ayam ini sebagai menu utama untuk nasi lemak atau burger ayam crispy.

Note:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Masak KicapAyam Masak PaprikAyam Goreng Berempah di lain resepi.

Selamat mencuba !!

4 4 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments