Resepi Ayam Masak Paprik

Resepi Ayam Masak Paprik

Ayam Masak Paprik merupakan salah satu hidangan popular di Malaysia dan Thailand, terkenal dengan rasa pedas dan aromatik. Hidangan ini biasanya dijadikan menu makan tengah hari atau malam kerana ia seimbang dari segi rasa dan nutrisi, dengan kombinasi ayam dan sayur-sayuran.Ia menarik perhatian kerana cara memasaknya yang pantas dan mudah, sesuai dengan gaya hidup sibuk, di mana pengguna sering mencari hidangan enak yang tidak mengambil masa lama di dapur.  

Resepi ini sangat simple dan mudah untuk dibuat. Ahli keluarga mokwea suka sangat dengan resepi ini. Kawan-kawan mokwea pun amat menggemari masakan ala thai ini. Kadang-kadang ada yang minta untuk dibungkus bila ada lebihan menu ini.

Jom layan resepi ini

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul isi ayam bahagian dada – dipotong kecil
  • 6 Ulas bawang merah *dikisar
  • 8 ulas bawang putih *dikisar
  • 2 inci halia *dikisar
  • 2 inci kunyit *dikisar
  • 3 batang serai *dikisar
  • 6 biji cili *dikisar
  • 1/2 biji Lobak merah ( potong panjang atau dadu,ikut kesukaan)
  • 4 batang Kacang panjang dipotong
  • 2 biji tomato dibelah
  • Bunga kobis dipotong kecil
  • 3 batang anak jagung
  • 6 biji Cili padi yang dibelah dua
  • 5 helai daun limau purut diracik halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 labu bawang besar yang dipotong
  • 1 batang cili besar dipotong bulat
  • *dikisar

Cara Memasak

Panaskan minyak dengan perlahan ,kemudian Masukkan bawang merah, bawang putih ,serai ,kunyit dan lada yang bertanda *. Biarkan sampai bawang kekuningan.

Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.

Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam – ikut rasa ye.

Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian barulah dimasukkan kacang panjang.

Kacau sampai masak sebelum dimasukkan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili besar tadi.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips Menyediakan Ayam Masak Paprik yang Lebih Sedap

  • Gunakan ayam tanpa tulang untuk memudahkan penyediaan.
  • Untuk rasa lebih asli, boleh tambah daun limau purut atau bunga kantan.
  • Sayur seperti kubis bunga atau jagung muda juga boleh ditambah untuk variasi.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Masak KicapAyam Goreng KicapAyam Goreng Berempah di lain resepi.

Selamat Mencuba.!

1 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments