Resepi Sambal Ikan Bakar

RESEPI

Sambal ikan bakar ialah hidangan tradisional yang memukau rasa dengan gabungan rempah-ratus dan aroma panggang yang menyelerakan. Resepi ini sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana rasanya yang pedas, manis, dan beraroma, menjadikan ia hidangan utama di waktu santai bersama keluarga. Ikan bakar yang disapu dengan sambal istimewa bukan sahaja menaikkan selera tetapi juga kaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti cili, bawang, dan belacan (jika perlu) yang menjadi tunjang rasa tradisional Melayu.

Dalam resepi ini, mokwea akan tunjukkan cara menyediakan sambal yang sempurna untuk disapu pada ikan pilihan anda, sama ada ikan belanak,pari atau siakap. Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin membawa citarasa gerai ke dapur sendiri.

Baca Lagi

Resepi Kerabu mangga Ikan Mudah & Sihat

Kerabu mangga ikan

Resepi Kerabu Mangga Ikan merupakan resepi tradisonal rakyat Malaysia. Resepi Kerabu Mangga Ikan ini digemari oleh semua lapisan masyarakat. Buah Mangga Dan Ikan merupakan makanan yang sihat dan tinggi khasiatnya.

Hari ini mokwea nak kongsikan cara mudah untuk membuat Kerabu Mangga Ikan yang segar dan sihat. Ikuti resepi tradisional dengan bahan-bahan seperti mangga muda, ikan goreng, dan lada . Rasanya masam manis yang amat menyelerakan!

Baca Lagi

Resepi Ikan Masak Asam Pedas yang Sedap dan Mudah

Ikan Masak Asam Pedas merupakan hidangan tradisional Melayu yang popular di negeri-negeri seperti Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan. Hidangan ini memikat dengan rasa pedas dan masam, sangat sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.

Bagi memastikan ikan asam pedas anda menjadi sempurna, pemilihan bahan segar seperti ikan dan daun kesum adalah penting. Mari kita lihat resepi penuh dan beberapa tips tambahan untuk memastikan hidangan anda lazat dan autentik!

Baca Lagi

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak

Ini adalah panduan lengkap resepi ikan tongkol masak lemak secara langkah demi langkah.

Di Malaysia, ikan tongkol menjadi bahan utama dalam hidangan tradisional seperti masak lemak dan nasi dagang, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ikan ini sangat popular kerana teksturnya yang pejal dan tidak mudah hancur walaupun direbus atau dimasak lama, menjadikannya sesuai untuk hidangan berkuah.

Masak lemak ikan tongkol bukan sekadar hidangan harian biasa tetapi melambangkan warisan kulinari dan budaya masyarakat tempatan. Hidangan ini turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti gulai ikan tongkol atau gulai nasi dagang, dan biasanya dihidangkan pada majlis-majlis istimewa seperti Hari Raya atau kenduri kahwin. Di Kelantan, ikan tongkol rebus menjadi komponen utama untuk nasi dagang, manakala di Terengganu, ia lebih dikenali dalam bentuk gulai masak lemak yang kaya dengan santan dan bahan aromatik.

Baca Lagi

Resepi Kari Ikan Tongkol Nasi Dagang

Resepi Kari Ikan Nasi dagang

Assalamualaikum semua! Hari ini mokwea ingin berkongsi resepi kegemaran mokwea, Resepi kari Ikan Nasi Dagang. Bersempena hari Raya Korban, ini lah menu yang mokwea sedikan untuk anak-anak mokwea dan jiran serta kawan-kawan yang datang ke rumah.

Kari Ikan Nasi Dagang adalah hidangan tradisional Malaysia yang menggabungkan ikan bersama rempah kari yang pedas dan santan pekat. Rasanya yang kaya dan aroma yang memikat pasti akan memenuhi hidangan keluarga anda!

Nak tau cara masak resepi ini,boleh scrooll dibawah.

Baca Lagi

RESEPI SOLOK LADA SEDAP

Resepi Solok Lada Sedap

Resepi Solok Lada Versi Kelantan. Solok Lada adalah salah satu menu tradisional dari Negeri Kelantan.Hidangan ini terdiri dari lada hijau @ lada besar yang diisi dengan campurani isi ikan,kelapa dan lain-lain lagi. Rasanya lemak dan pedas. Makanan ini sangat popular kepada penduduk di negeri Kelantan dan juga pengunjungnya.

Menu ini juga merupakan menu kegemaran mokwea, mokwea akan menunjukkan cara-cara menyediakan Resepi Solok Lada Versi Kelantan

Baca Lagi

Resepi Sup Ikan Merah

Resepi Sup Ikan Merah

Sup ikan merah adalah hidangan tradisional yang digemari ramai kerana rasa yang ringan, aromatik, dan penuh khasiat. Ikan merah terkenal dengan teksturnya yang lembut serta kandungan protein yang tinggi. Selain itu, sup ini sering menjadi pilihan sebagai hidangan untuk kesihatan kerana rendah kalori dan mudah dihadam, sesuai untuk mereka yang sedang pulih daripada sakit atau menjaga pemakanan. Hidangan ini juga boleh diolah mengikut citarasa dengan menambah herba segar seperti daun ketumbar, halia, dan bawang putih, menjadikannya lebih menyelerakan.

Kali ni mokwea nak berkongsi resepi yang semua orang pandai buat sebenarnya,cuma cara dan bahan-bahan mungkin sedikit berbeza.sebab ini resepi yang mokwea buat tak pernah mengecewakan anak – anak dan suami.

Tanpa berlengah jom kita tengok bahan-bahan yang perlu kita sediakan !!!

Baca Lagi

RESEPI PERCIK IKAN BAKAR

Resepi Percik Ikan Bakar

Percik Ikan ialah hidangan tradisional Melayu yang sangat popular, terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini terkenal kerana kuahnya yang pekat dan berempah, disalut sempurna pada ikan yang dipanggang. Biasanya, ikan seperti kembung, tenggiri, atau siakap digunakan, dan ia sering dihidang bersama nasi panas. Kelezatan sebenar Percik Ikan terletak pada keseimbangan rasa lemak santan, pedas cili, dan sedikit manis gula melaka atau gula perang.

Menu ini sesuai untuk dibuat berbuka puasa, atau hidangan makanan tengahari, Kalau di Bazar Ramadhan, Menu ni menjadi pilihan bagi penggemar menu percik.

Semua anak-anak Mokwea menggemari menu ini. Biasanya, kalau keluarga Mokwea berkumpul, pasti menu ini akan dimasak oleh keluarga Mokwea. Jom Mokwea ajar masak resepi ini, langkah demi langkah Mokwea tunjuk ajar cara-cara memasak menu ini.

Bagaimana cara memasak menu Percik Ikan Bakar ni ?

Baca Lagi