
Alhamdulillah bertemu kembali dalam Resepi terbaru by Mokwea. Kita baru lepas sambut Hari Raya Haji,sudah tentu ramai yang melaksanakan Korban.Alhamdulillah syukur.
Pasti ramai yang ada stok daging kan? disini mokwea nak berkongsi Resepi Daging Masak Hitam Paling ringkas dan tersangat Sheedapp !!!.
Jommmmm kita sediakan Bahan-bahannyaa dahuluu !!! resepi untuk kali ni persediaan 1 kilo daging.
Bahan Utama
- 1 kilo Daging
- 10 biji Cili Kering*
- 5 biji Bawang Besar Holand*
- 10 ulas Bawang putih*
- 2 senduk Minyak Masak
- 2 senduk Kicap Manis (ikut nak guna jenama apa)
- sedikit Garam
- sedikit Perasa Meggi
Cara penyediaan.
Langkah pertama.

Daging dihiris dan diperapkan dengan kicap,kalau boleh daging diperap lama sedikit,ambil masa sejam dan kalau boleh di simpan di dalam peti. Daging akan menyerap kicap dan akan menjadikan tekstur daging lembut dan sedap.
Langkah Kedua.

Sediakan bahan-bahan lain.Bawang besar di elah dan potong ikut suka, Bawang putih di potong dua dan cili kering dipotong-potong kecil. selepas dicuci dan toskan. sementara itu panaskan kuali dan minyak,selepas minyak sudah panas boleh masukkan bahan-bahan tadi di goreng bersama minyak.kacau dan pastikan bahan-bahan tersebut akan layu dan bertukar warna serta akan berbau wangi.
Langkah ketiga

Apabila bahan-bahan digoreng tadi bertukar menjadi layu dan seperti di dalam gambar diatas,tutup api dan sejukkan bahan2 tersebut sebelum kita blander kan menumis semula.apabila dah sejuk,masukkan semua bahan tumisan ini kedalam balang blander termasuk minyak sekali, dan masukkan sedikit air untuk memudahkan semasa di bland.
Langkah keEmpat.

Selepas bahan di kisar, kita masukkan semua bahan dalam kuali,buka api dengan perlahan.dan teruskan menumis,sehingga tumisan tadi mula mendidih dan minyak mula naik.
Langkah Kelima.

Tumisan dah mula mendidih dan boleh masukkan daging yang diperap tadi.masukkan semua dan kacau.
Langkah keEnam.

Gaul semua daging dengan bahan tumisan. kacau sehingga sebati.
Langkah keTujuh.

Kemudian sekiranya dalam tumisan perlu ditambahkan kicap lagi.untuk kelihatan daging lebih hitam menawan,heee 🙂
Langkah keSembilan

Biarkan tumisan medidih dengan api yang perlahan dan perlu dikacau berulang-ulang.sambal akan bertukar atau berubah warna.sekiranya daging masih lagi keras,kita boleh tambahkan sedikit air untuk pastikan daging empuk. dan boleh tambahkan dengan sedikit garam dan perasa secukup rasa meggi.
Langkah keSepuluh.

Lastt sekalii, apabila sambal daging hitam bertukar menjadi seperti dalam gambar diatas, daging hitam sudah hampir masak, rasakan dengan cukup rasa,pastikan cukup rasa masin manis dan pedas sikit. sekiranya tidak mencukupi rasa tersebut,boleh tambah apa yang patut,garam dan kicap manis.
Selepas selesai dan menu sudah masak, boleh dihidangkan dan makan nasi panas-panasss….sangatttt shedapp dan sangat berselera..
Variasi Daging Masak Hitam:
- Anda juga boleh mencuba menggunakan daging kambing atau daging ayam sebagai alternatif kepada daging lembu.
- Untuk lebih rasa pedas, tambahkan cili padi kisar ke dalam bahan tumisan.
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Singgan Daging Kelate dan Masak Kicap Daging yang berkaitan dengan bahan – bahan yang menggunakan daging.
selamatttttt mencubaa !!!!
Tinggalkan Komen Anda..