RESEPI NASI AYAM SIMPLE

Resepi Nasi Ayam Simple

Nasi ayam merupakan hidangan kegemaran ramai di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia terdiri daripada nasi yang harum bersama ayam yang dimasak sempurna, disajikan dengan sup dan sos pedas. Resepi ini sesuai bagi mereka yang baru belajar memasak atau mahu hidangan ringkas tetapi sedap. Dengan bahan asas dan langkah mudah, anda boleh menghasilkan nasi ayam berkualiti restoran di rumah.

Kali ni mokwea akan kongsikan langkah demi langkah macam mana cara penyediaan :

  • Rebusan Ayam
  • Perap Ayam
  • Cara Memasak Nasi
  • Sambal Meletop
  • Kuah Sup
  • Kicap Nasi Ayam

Untuk seterusnya mokwea akan kongsikan mengikut perkara yang tertera di atas. Untuk menu Nasi ayam ini, penyediaan makanan untuk 10 orang makan.

REBUSAN AYAM

Bahan-bahannya :

  • 1 ekor ayam dipotong 4
  • 1 labu bawang putih dibuang kulit – diketuk
  • 2 biji bawang merah india yang besar – di potong 4
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 inci halia – di ketuk
  • 2 inci lengkuas – di ketuk
  • 1 sudu setengah Garam
  • sedikit serbuk cukup rasa – nak letak kiub ayam pun boleh.

Langkah – 1

Sediakan Periuk dan masukkan air separuh dari periuk.Kemudian masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam periuk dan di panaskan di atas api yang sederhana. Selepas itu masukkan semua bahan2 yang di disenaraikan di atas sekali gus. Kemudian tunggu air mendidih dan pastikan ayam yang direbus sudah masak.

Selepas kita pastikan ayam yang direbus tadi sudah masak dan bahan2 yang berada dalam periuk tadi layu semua.itu menandakan ayam sudah masak.

TIPS :

Kenapa mokwea menggunakan banyak bahan dalam rebusan ayam, semua rempah ratus tersebut boleh menghilangkan bau ayam dan menjadikan ayam rasa lebih sedap dan berbau wangi.

Langkah -2

Selepas ayam rebusan masak dengan eloknya, angkat ayam tersebut kemudian asingkan di dalam bekas lain, bersedia di perap.

Air rebusan ayam tadi perlu ditambah sedikit air kerana untuk digunakan memasak nasi dan dijadikan sup ayam. biarkan ia mendidih sekejap kemudian matikan api,ketepikan sekejap.

PERAP AYAM

Bahan yang diperlukan untuk perapan

  • Ayam yang sudah direbus
  • 1 senduk Sos Tiram
  • 2 senduk kicap Manis
  • Minyak masak digoreng ayam

Langkah -1

Sediakan ayam yang telah di rebus dalam bekas yang lebih besar dan jenis yang dalam.untuk memudahkan kita perap ayam dengan lebih selesa.

Langkah -2

Masukkan kicap Manis,kicap manis kita boleh gunakan pelbagai jenama yang ada di pasaran, yang mana kita suka jenama yang selalu kita guna di rumah.

Mokwea pun kadang-kadang bertukar juga jenama kicap manis dirumah.almaklum kadang-kadang stok daerah yang mokwe menetap ni bergantung pada stok yang ada.he

Titikan kicap pada ayam keseluruh ayam.golek-golek ayam dengan kicap yang sudah d lumurkan menjadi rata pada ayam.

Langkah – 3

Seterus masukkan sos tiram dan lumurkan pada semua ayam.ratakan pada ayam agar rasa sos tiram sebati dengan ayam.

Langkah – 3

Sudah siap masukkan bahan-bahan dan perap ayam selama 10 – 15 minit sebelum digoreng.

Langkah – 4

Panaskan minyak dalam kuali untuk kita mulakan menggoreng ayam.

Bersedia untuk ayam digoreng.Dalam kuali minyak tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

TIPS :

pastikan api perlahan untuk pastikan ayam yang digoreng tidak mudah hangit sebab ayam bercampur dengan kicap dan sos tiram.kita nk ayam masak dengan cantik.

Langkah – 5

Apabila ayam sudah masak.pastikan ayam tidak terlalu gelap.cantik kejadian.sedia untuk di potong dan dihidangkan.

CARA MEMASAK NASI

Sediakan bahan untuk memasak nasi.

  • 3 pot beras yang telah di cuci
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit
  • kayu manis,bunga lawang,bunga cengkeh jika mau tambah untuk nasi lebih wangi.

Setelah beras dibasuh dan sediakan dalam periuk, masukkan air rebusan ayam yang kita telah rebus ayam pada permulaan tadi. dan masukkan semua bahan-bahan yang telah di senaraikan di atas.

Langkah – 1

Beras yang sudah di basuh dan

Boleh masak menggunakan rice cooker atau periuk biasa. selalunya yang paling selamat menggunakan rice cookers. sedar tak sedar nasi ayam kita sudah masak.

Dalam beras kita masak tadi TIDAK perlu tambah garam sebab air rebusan ayam sudah mengandungi garam.

Langkah -2

Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk serikan nasi ayam menjadi warna kekuningan.

Langkah -3

Apabila kita campur serbuk kunyit,air berbuah menjadi kuning.

Langkah Terakhir.

Nasi sudah masak akan menghasilkan warnan yang cantik.warna keemasan.dalam menyediakan Nasi Ayam,mokwea tidak letak butter atau planta.kerana untuk mengelak rasa muak apabila kita makan. nextt…..

SAMBAL MELETOP

Dalam Menu Nasi Ayam tak lengkap jika tidak ada Sambal.disini mokwea nak kongsi sambal meletop,warisan dari family besar mokwea. resepi ini lah yang kami adik beradik buat setiap kali masak nasi ayam atau ambil tempahan. Alhamdulillah.

Jom kenali bahan-bahannya dahulu.

  • 1 labu bawang putih
  • 1 biji bawang merah india
  • 1 genggam cili padi
  • 3 biji tomato
  • 3 senduk sos cili > boleh tambah untuk kepekatan
  • 1 senduk gula > boleh tambah jika perlu
  • 1 sudu garam
  • 1 senduk cuka

Langkah – 1

Sediakan bahan-bahan di atas dan blander dengan sedikit air.

Langkah – 2

Selesai bahan di blander sedia dalam periuk untuk di masak.buka api perlahan sementara untuk masukkan bahan2 yang lain.

Langkah – 3

Seterusnya masukkan gula. jangan masukkan terus banyak.pastikan rasa yang mencukupi.

Langkah – 4

Masukkan raja masakan iaitu garam. tanpa garam tidak lengkap menu.hee.

Langkah -5

Seterusnya tidak lupa untuk masukkan cuka,untuk serasikan rasa sambal.masin manis dan masam.

Langkah – 6

Tambah lagi bahan SOS CILI.untuk lebih rasa sedap dalam sambal.kelebihan kita masukkan sos cili untuk memekatkan sambal dan memerahkan warna sambal,

Langkah Terakhir

Apabila sambal dah mendidih dan kita rasa dah mencukupi.masak sambal ni mengambil masa lebih setengah jam.,untuk memastikan bahan-bahan masak dengan elok.tidak rasa bawang yang mentah.

Untuk mengetahui sambal sudah masak,warna dia akn bertukar bersinar,seperti dalam gambar di atas.

KUAH SUP

Untuk menyediakan sup sangat mudah.Air rebusan ayam tadi boleh kita jadikan sup. antara bahan yang perlu di sediakan ialah :

Bahan- bahan penyedian Sup.

  • Air rebusan ayam
  • Sup bunjut
  • Garam
  • Secukup Rasa
  • Bawang goreng
  • Daun sup

KICAP NASI AYAM

Penyediaan kicap ialah, lebihan dari perapan ayam yang telah direbus tadi. ambil kicap tersebut,tambah air sup sedikit.

Bagi peminat cili,boleh juga tambah dalam kicap tadi. satu ulas bawang putih dan sedikit cili yang telah di tumbuk, dan campur semua.

Setelah siap semua bahan-bahan dan siap sedia untuk di hidangkan. inshaAllah dapat makan dengan puashati.

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Masak KicapAyam Masak PaprikAyam Goreng Berempah di lain resepi.

selamat mencuba !!

5 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments