Resepi Kerabu mangga Ikan Mudah & Sihat

Kerabu mangga ikan

Resepi Kerabu Mangga Ikan merupakan resepi tradisonal rakyat Malaysia. Resepi Kerabu Mangga Ikan ini digemari oleh semua lapisan masyarakat. Buah Mangga Dan Ikan merupakan makanan yang sihat dan tinggi khasiatnya.

Hari ini mokwea nak kongsikan cara mudah untuk membuat Kerabu Mangga Ikan yang segar dan sihat. Ikuti resepi tradisional dengan bahan-bahan seperti mangga muda, ikan goreng, dan lada . Rasanya masam manis yang amat menyelerakan!

Baca Lagi

Resepi Daging Masak Kerutuk Kelantan Asli

Daging Masak Kerutuk

Kerutuk daging adalah salah satu hidangan tradisional Kelantan yang terkenal dengan kuahnya yang pekat dan kaya dengan rempah ratus. Hidangan ini sering dihidangkan pada majlis-majlis istimewa dan menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang unik dan lemak.

Baca Lagi

Resepi Ikan Masak Asam Pedas yang Sedap dan Mudah

Ikan Masak Asam Pedas merupakan hidangan tradisional Melayu yang popular di negeri-negeri seperti Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan. Hidangan ini memikat dengan rasa pedas dan masam, sangat sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.

Bagi memastikan ikan asam pedas anda menjadi sempurna, pemilihan bahan segar seperti ikan dan daun kesum adalah penting. Mari kita lihat resepi penuh dan beberapa tips tambahan untuk memastikan hidangan anda lazat dan autentik!

Baca Lagi

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak

Ini adalah panduan lengkap resepi ikan tongkol masak lemak secara langkah demi langkah.

Di Malaysia, ikan tongkol menjadi bahan utama dalam hidangan tradisional seperti masak lemak dan nasi dagang, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ikan ini sangat popular kerana teksturnya yang pejal dan tidak mudah hancur walaupun direbus atau dimasak lama, menjadikannya sesuai untuk hidangan berkuah.

Masak lemak ikan tongkol bukan sekadar hidangan harian biasa tetapi melambangkan warisan kulinari dan budaya masyarakat tempatan. Hidangan ini turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti gulai ikan tongkol atau gulai nasi dagang, dan biasanya dihidangkan pada majlis-majlis istimewa seperti Hari Raya atau kenduri kahwin. Di Kelantan, ikan tongkol rebus menjadi komponen utama untuk nasi dagang, manakala di Terengganu, ia lebih dikenali dalam bentuk gulai masak lemak yang kaya dengan santan dan bahan aromatik.

Baca Lagi

Resepi Ayam Goreng Kicap

Resepi Ayam Goreng Kicap adalah salah satu hidangan yang sering menjadi kegemaran ramai. Ayam Goreng Kicap ini mudah disediakan dan mempunyai rasa yang manis, masin, dan sedikit pedas bergantung kepada citarasa . Ayam yang digoreng rangup disalut dengan sos kicap pekat dan aromatik menjadikan ia hidangan yang sesuai untuk makan tengah hari atau malam.

Mokwea ingin berkongsi cara memasak ayam goreng kicap yang sedap dan simple sahaja cara membuatnya.

Baca Lagi

Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Nasi lemak ialah makanan tradisional Malaysia yang terkenal bukan sahaja dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ia disajikan dengan nasi yang dimasak menggunakan santan, memberikan rasa lemak dan aroma pandan yang memikat. Kombinasi nasi bersama sambal ikan bilis pedas menjadi punca utama populariti hidangan ini. Sambal ikan bilis memainkan peranan penting dengan rasa manis, pedas, dan masin seimbang, menjadikan setiap suapan lebih lazat.

Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama telur rebus, kacang tanah goreng, timun, dan kadangkala lauk tambahan seperti ayam goreng berempah atau rendang. Resepi ini akan menunjukkan cara membuat sambal ikan bilis yang pekat, pedas, dan tahan lama serta memastikan nasi lemak anda berbau harum dan teksturnya lembut.

Berikut adalah resepi untuk membuat Nasi Lemak, hidangan tradisional Malaysia yang popular:

Baca Lagi

Resepi Tepung Ubi Kayu Manis

ahlan-ahlan

Kuih tepung ubi manis merupakan salah satu pencuci mulut tradisional Malaysia yang digemari ramai. Dengan tekstur kenyal dan rasa manis yang memikat, kuih ini sesuai dijadikan hidangan petang atau pencuci mulut selepas makan. Tepung ubi kayu digunakan sebagai bahan asas, memberikan rasa lembut dan sedikit liat, menjadikannya kegemaran bagi pencinta kuih-muih tempatan. Proses penyediaannya mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, menjadikannya pilihan ideal untuk dicuba di rumah.

Berikut adalah resepi untuk membuat tepung ubi kayu daun pisang, hidangan tradisional yang lazat dan wangi:

Baca Lagi

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Resepi Ayam Masak KIcap

Ayam Masak Kicap merupakan hidangan popular dalam masakan Melayu, terkenal dengan kombinasi rasa manis, masin, dan sedikit pedas. Hidangan ini menggunakan ayam yang dimasak dengan kicap pekat bersama bahan aromatik seperti bawang, cili, dan rempah ratus. Ia sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas dan amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Baca Lagi

Resepi Singgan Daging Kelate

Resepi Singgang Daging Kelantan

Bertemu lagi dengan menu special daripada mokwea, Resepi Singgan Daging Kelate. Menu Singgang daging Kelantan memang agak susah untuk dijumpai di mana-mana negeri lain selain daripada Kelantan. Perbezaan singgang daging dengan singgang negeri lain adalah warna dan rasanya. Singgan negeri kelantan rasanya lebih sedap dan warnanya lebih menawan dan terang.hahaha..buat dulu baru tau warna singgan tu macam mana,,,

Biasanya, masakan ini banyak disediakan atau di masak di majlis kenduri kesyukuran seperti aqiqah,kenduri kahwin dan Raya Qorban. Raya qorban menu yang rare ialah singgang,tidak muak dan lebih berselera. Untuk menyediakan menu singgang daging Kelantan ni tidak lah susah sangat, boleh follow resepi yang mokwea sediakan dia bawah ini.

Baca Lagi

Resepi Ayam Masak Paprik

Resepi Ayam Masak Paprik

Ayam Masak Paprik merupakan salah satu hidangan popular di Malaysia dan Thailand, terkenal dengan rasa pedas dan aromatik. Hidangan ini biasanya dijadikan menu makan tengah hari atau malam kerana ia seimbang dari segi rasa dan nutrisi, dengan kombinasi ayam dan sayur-sayuran.Ia menarik perhatian kerana cara memasaknya yang pantas dan mudah, sesuai dengan gaya hidup sibuk, di mana pengguna sering mencari hidangan enak yang tidak mengambil masa lama di dapur.  

Resepi ini sangat simple dan mudah untuk dibuat. Ahli keluarga mokwea suka sangat dengan resepi ini. Kawan-kawan mokwea pun amat menggemari masakan ala thai ini. Kadang-kadang ada yang minta untuk dibungkus bila ada lebihan menu ini.

Jom layan resepi ini

Baca Lagi