Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap!

Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap!

Ayam Goreng Berempah adalah hidangan tradisional Malaysia yang popular kerana rasa rempah ratusnya yang kaya dan aroma wangi daun kari. Ayam ini digoreng hingga rangup di luar tetapi kekal lembut dan berjus di dalam, menjadikannya pilihan utama untuk makan tengah hari, majlis kenduri, atau jamuan keluarga. Dengan gabungan serbuk kunyit, ketumbar, dan cili, ayam goreng berempah ini pasti memikat selera sesiapa yang mencubanya. Resepi ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga menggunakan bahan-bahan asas yang pasti ada di dapur anda.

Kali ini mokwea ingin berkongsi resepi yang pasti membuatkan hidangan anda menjilat jari! iaitu Ayam Goreng Berempah. Menu ini sangat sesuai dimakan dengan nasi lemak, nasi minyak dan juga pulut ayam. Sedap juga jika dimakan bersama nasi putih yang panas begitu sahaja.

Menu Ayam Goreng Berempah sangat sedap dan mempunyai cita rasa yang kaya dengan rempah-rempah tradisional. Ayamnya dipotong-potong dan direndam dalam campuran rempah yang akan membuka selera anda dan keluarga!

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi ini di rumah. Hanya beberapa bahan dan langkah mudah untuk menyediakannya.

Jom kita sama-sama mencuba Resepi Ayam Goreng Berempah yang sedap dan lazat ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam, potong kepada bahagian-bahagian yang dikehendaki
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar

  • untuk dikisar halus:
    • selabu bawang putih
    • 8 batang serai
    • 8 inci halia

Cara-cara Penyediaan :

  • Ayam dipotong beberapa bahagian,mengikut kesesuaian citarasa masing-masing, potong besar lama sikit menggoreng, potong kecil-kecil cepat masak.
Bahan penting  Resepi Ayam Goreng Berempah
  • Paling istimewa tentang resepi ini ialah serai,halia dan bawang putih yang ditumbuk atau dikisar menjadikanya lebih rangup apabila digoreng. Lagi banyak serai, lagi sedap dan wangi ayam goreng berempah ini.
  • Campurkan serbuk rempah kari ayam, kunyit, bawang putih, halia ,serai yang telah ditumbuk halus. dan garam. Gaul sehingga rata.
Lebih lama perap,lebih menyedapkan lagi.
  • Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam yang telah diperap. Goreng hingga keemasan dan rangup.
  • Angkat ayam dan toskan minyak berlebihan.
  • Hidangkan bersama nasi kesukaan anda dan ahli keluarga.

Tip dan Variasi Resepi Ayam Goreng Berempah

  • Perap lebih lama: Semakin lama ayam diperap, semakin sedap rasanya. Boleh perap semalaman untuk hasil terbaik.
  • Tambah daun kunyit: Untuk aroma lebih wangi, tambahkan daun kunyit yang dihiris halus dalam perapan.
  • Rempah lebih pedas: Jika suka pedas, tambahkan lebih banyak serbuk cili atau sedikit serbuk lada hitam.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Masak KicapAyam Masak PaprikAyam Goreng Berempah di lain resepi.

Selamat mencuba Resepi Ayam Goreng Berempah yang mengancam dan menyelerakan ini! Pasti menjadi hidangan kegemaran yang paling disukai buat anda dan keluarga anda. Selamat menjamu selera!

Selamat mencuba !!!

5 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments