
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Antara menu yang sangat di minati dan menjadi kesukaan atau pilihan Ketika waktu kenduri, iaitu ayam masak sambal atau lebih dikenali ayam masak merah kenduri bagi orang sebelah pantai timur.
Bagaimana cara memasak atau menyediakannya?
Disini Mokwea ingin berkongsi resepi macam mana nak sediakan menu kesukaan ramai ni . Penyediaan bahan Mokwea kali untuk 20 orang tetamu. Menu ala2 kenduri kan!!!
Bahan-Bahan
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
- 3 ekor ayam dipotong dan dibasuh bersih
- *200gram cili kering dipotong dan direbuskan
- *2 kilo bawang besar holand dikupas kulit dan bersihkan.
- *4 labu bawang putih di kupaskan dan di bersihkan
- *3 inci halia di kupaskan dan dibersihkan.
- 3 sudu makan serbuk Kunyit
- Gula secukup rasa
- Garam.
- Sos cili
- Sos tiram
- Minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaannya
Langkah Pertama
- Ayam diperap Bersama garam dan kunyit selama 15 minit.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas
- Goreng ayam sehingga masak, apabila siap digoreng ketepikan sekejap.
Langkah ke Dua
Cara untuk memasak sambal merah : ayam tersebut saya jelaskan,dan juga boleh melihat setiap gambar yang akan saya sediakan.
- Blanderkan semua yang bertanda *
- Tumis bersama minyak lebihan ayam yang digoreng (ini rahsia untuk keenakan menu kita nak sediakan).
- Gunakan api yang perlahan untuk pastikan tumisan masak dengan sempurna.( Untuk mengetahui bahan yang telah kita tumis tersebut masak dengan baik.apabila minyak sudah mula timbul.itu menandakan tumisan bawang dan cili kering sudah masak).
Kita boleh merasa dan tambah bahan2 lain seperti Sos cili, sos tiram, gula dan rasa dengan sempurna.
Tips
Untuk nampak meriah lagi sambal ayam merah kita boleh potong bawang holand bulat dan tabur di atas menu tersebut.
Contoh Gambar Bahan-bahan dan Proses Masakan








Apabila sambal dah mula medidih dan naik minyak.boleh masukkan bahan2 tambahan,sos cili sos tiram.perasakan dengan garam dan gula lebih sedikit dan secukup rasa meggi.untuk pastikan sambal itu sudah cukup masak dan tidak berbau bawang.warna dia berubah menjadi gelap sedikit.
TIPS
Menu sambal ayam kenduri ni, boleh dimakan bersama Nasi hujan panas, Nasi tomato, Nasi jagung dan Nasi putih khasnya.pelbagai nasi kita boleh gandingkan dengan menu sambal ayam kenduri .selamat mencuba !!
Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Masak Kicap, Ayam Masak Paprik, Ayam Goreng Berempah di lain resepi.
Tinggalkan Komen Anda..
Tq mokwea
nanti try buat
Sedap sungguh nampak..
heheh.boleh try buat tu