Resepi Daging Goreng Belengas

Daging Belengas ialah hidangan tradisional Malaysia yang jarang ditemui tetapi sangat memikat selera. Berasal dari kawasan pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan, hidangan ini menggabungkan rempah ratus aromatik dengan kuah pekat yang kaya. Biasanya menggunakan daging lembu yang dimasak lama sehingga empuk, Daging Belengas juga menyerlahkan cita rasa masam, pedas, dan manis sangat sesuai dinikmati bersama nasi panas. Dengan aroma yang menggoda dan rasa yang berlapis, menu ini pasti menambah variasi dalam hidangan seharian anda.

Jom mokwea tunjuk cara-cara memasak menu kesukaan ramai ini. Mudah sahaja cara untuk menyediakannya! ikuti cara-cara memasak langkah demi langkah yang mokwea sediakan dibawah:

Bahan-bahan

  • 1 kg daging(hiris nipis)
  • 1 sudu besar 
  • 1 sudu Garam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 2 sudu besar sos tiram ( secukup rasa )
  • 3 sudu besar sos cili (secukup rasa)
  • 3 Kicap Lemak Manis ( secukup rasa)
  • 10 biji cili padi (ikut selera)
  • 1 biji lada besar merah (hiris)
  • 1 biji bawang holland (hiris)

Cara-cara Memasak

1. Masukkan daging dan air kedalam kuali. Rebus sehingga empuk dan air rebusan hampir kering. Masukkan serbuk kunyit, garam secukup rasa. Kacau dan masak lagi sampai kering.
2. Bila dah kering, masukkan minyak, bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga garing.Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis secukup rasa. Kacau sampai pecah minyak.
3. Tambah cili padi kampung, lada merah dan bawang holland. Kacau sampai semuanya layu. Bila semua dah masak, boleh la dihidang.

Tips Tambahan

  • Boleh tambah pelbagai sayur seperti bunga kubis, brokoli dan kacang buncis serta lain-lain lagi.
  • Jika ingin daging lebih empuk, anda boleh menggunakan pressure cooker.
  • Cili kering boleh diganti dengan cili api jika mahukan kepedasan ekstra.
Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Singgan Daging Kelate , Daging Masak Hitam Simple dan Masak Kicap Daging berkaitan dengan bahan yang menggunakan daging.

Selamat Mencuba!!

5 2 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments