
Kerutuk daging adalah salah satu hidangan tradisional Kelantan yang terkenal dengan kuahnya yang pekat dan kaya dengan rempah ratus. Hidangan ini sering dihidangkan pada majlis-majlis istimewa dan menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang unik dan lemak.
Kadang-kadang kerutuk daging juga dimakan bersama pulut kuning ,mungkin kerana kuahnya yang berlemak dan pekat, sangat sesuai dimakan dengan pulut. Sesetengan tempat, kuah kerutuk di makan dengan roti, itu semua bergantung dengan selera masing-masing.
“Pelajari resepi Daging Masak Kerutuk Kelantan Asli dengan langkah mudah dan bahan rempah tradisional”
Mokwea akan tunjuk cara-cara memasak menu kesukaan ramai ini.
Bahan-bahan Kerutuk Daging
- 500 Daging dipotong dadu
- 3 sudu besar kerisik {jika perlu}
- 2 batang serai (diketuk)
- 2 helai daun pandan (simpulkan)
- 3 sudu besar rempah kerutuk
- 2 sudu besar gula Melaka
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu kecil ketumbar
Cara Penyediaan:
- Perap Daging: Gaulkan daging dengan rempah kerutuk, garam, dan gula Melaka. Biarkan selama 30 minit supaya rasa meresap.
- Tumis Rempah: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masak Daging: Masukkan daging yang diperap tadi, dan kacau hingga daging separuh masak dan rempah sebati dengan daging.
- Tambah Santan: Masukkan santan pekat dan air secukupnya. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga daging empuk.
- Masukkan Kerisik: Akhir sekali, masukkan kerisik dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
- Perasakan: Tambahkan garam dan gula Melaka jika perlu.
Tips Masak Kerutuk Daging yang Sedap:
- Gunakan daging lembu yang berkualiti, seperti bahagian rusuk, untuk rasa yang lebih berlemak.
- Pastikan rempah kerutuk dimasak hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa.
- Kerutuk lebih sedap jika dimasak lebih lama, kerana rempah akan lebih sebati dengan daging.
Variasi Kerutuk Daging:
- Anda juga boleh mencuba menggunakan daging kambing atau ayam sebagai alternatif kepada daging lembu.
- Untuk lebih rasa pedas, tambahkan cili padi kisar ke dalam bahan tumisan.
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Singgan Daging Kelate , Daging Masak Hitam Simple dan Masak Kicap Daging berkaitan dengan bahan yang menggunakan daging.
Selamat Mencuba.
Tinggalkan Komen Anda..