RESEPI KARI AYAM SEDAP

Kari Ayam ialah hidangan klasik yang digemari di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara. Hidangan ini menggabungkan rasa pedas, masam, dan sedikit lemak, memberikan satu rasa yang kaya dan memuaskan. Kari Ayam bukan sahaja terkenal kerana rasanya yang lazat, tetapi juga kerana ia mudah disediakan di rumah dengan bahan asas yang mudah didapati. Dalam resepi ini, saya akan berkongsi cara untuk memasak kari ayam pekat dengan kuah yang sempurna, menggunakan rempah asli seperti serbuk kari, santan, dan daun kari. Resepi ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga!

Dibawah artikel ini Mokwea akan ajar cara menyediakan secara detail untuk hidangan 
4 dan 10 orang makan.

1. HIDANGAN UNTUK 4 0RANG

     BAHAN-BAHAN

  • Separuh @sebelah ayam di potong 6-8,
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 1 bji bawang besar holand (di blander)
  • Sekeping asam keping
  • santan sebiji kelapa @ sekotak santan segera yang kecik,
  • sepeket rempah kari yang pack kecil.
  • Rempah 3 beradik(bunga lawang,bunga cengkeh,kayu manis).
  • 1 sudu teh garam,(sekiranya kurang masin boleh tambah)
  • Separuh keeping gula melaka @ 2 sudu mkn gula putih
  • 4 sudu minyak masak untuk menumis.

2. HIDANG UNTUK 10 ORANG MAKAN

     BAHAN-BAHAN

  •  2 ekor ayam di potong 10 setiap seekor.
  • 2  labu bawang putih (dihiris)
  • 15 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 inci halia(di mayang)
  • 3 bji bawang besar holand (di blander)
  • 3 keping asam keping
  • 3 biji kelapa @ sekotak santan segera yang besar
  • Sepeket rempah kari jenama adabi atau alagapas atau apa2 jenama pun boleh
  • Rempah 3 beradik(bunga lawang,bunga cengkeh,kayu manis).
  • 3 sudu garam
  • Sekeping setengah gula melaka @ 4 sudu gula putih
  • 3 senduk minyak masak untuk menumis.

Cara-cara Menyediakan :

  1. Masukkan bahan2 yang dihiris dan di masukkan dalam minyak serta rempah 3 beradik ,tumis sehingga bawang bertukar warna menjadi kemerahan, kemudian masukkan rempah kari berserta air dan kacau perlahan2 supaya tumisan tidak hangit dan masukkan bawang holand yang telah di blander. Tujuan di masukkan bawang yang telah diblander untuk pastikan kuah kari menjadi pekat dan manis. Sekiranya tumisan tadi cepat kering, masukkan air sidikit demi sedikit. pastikan api gas dibuka secara perlahan.

cara menumis dengan betul untuk jadikan kari kita lebih sedap saya tunjukkan cara2nya.kalau ikut petua orang tua.tumisan bawang bersama kari biar sampai keluar bunga2 tumisan kari dan bawang masak dengan baik. (lihat gambar dibawah)

bawang besar holand yang di blander di masukkan kedalam tumisan.apabila tumisan sudah menjadi begini,  boleh masukkan ayam dahulu sebelum masukkan santan.disini kita boleh msukkan gula melaka atau gula dan sedikit garam.

apabila sudah masukkan ayam dalam tumisan kacau biar ayam sebati dengan tumisan.biar masak serata. dan selepas ini baru boleh masukkan santan.

apabila sudah masukkan santan.kita masukkan sekali asam keping.dan boleh tambah perasa untuk menu menjadi rasa yang sekata.dan biarkan ia mendidih dan naik minyak seperti dalam gambar.

menu kari ayam ni,semua menjadi kegemaran semua peringkat.kanak2 remaja dan warga tua semua menjadi pilihan. kari ayam ni juga selain makan bersama nasi putih boleh juga disediakan dengan roti jala,lempeng dan roti arab. sangattttt sedappp.

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti Ayam Masak KicapAyam Masak PaprikAyam Goreng Berempah di lain resepi.

Selamat mencuba!

4.7 3 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments