
Assalamualaikum semua! Hari ini mokwea ingin berkongsi resepi kegemaran mokwea, Resepi kari Ikan Nasi Dagang. Bersempena hari Raya Korban, ini lah menu yang mokwea sedikan untuk anak-anak mokwea dan jiran serta kawan-kawan yang datang ke rumah.
Kari Ikan Nasi Dagang adalah hidangan tradisional Malaysia yang menggabungkan ikan bersama rempah kari yang pedas dan santan pekat. Rasanya yang kaya dan aroma yang memikat pasti akan memenuhi hidangan keluarga anda!
Nak tau cara masak resepi ini,boleh scrooll dibawah.
Resepi ini mudah dan cepat disediakan. Ikan yang digunakan boleh menjadi pilihan anda seperti ikan tongkol, tenggiri, kembung, atau lain-lain.
Cara-cara memasak kari ikan ni senang sahaja, disini mokwea akan tunjukkan bagaimana cara penyediaan Kari Ikan Nasi Dagang langkah demi langkah.
Bahan-Bahan
- 5 kg ikan tongkol, potong menjadi steik
- 1/2 kg bawang merah
- 100g kunyit
- 100g cili kering
- 250g bawang putih
- 200g halia
- 2 cawan minyak masak
- 1kg santan pekat ( 5biji kelapa)
- 1 cawan air rebusan ikan
- Garam secukup rasa
- Lada besar (optional, untuk hiasan)
Langkah Pertama

Ikan tongkol (kayu@bakulan) dipotong beberapa potongan (ikut citarasa dan bergantung size ikan), dibersihakan dan direbus. Dalam rebusan ikan dimasukkan garam 5 sudu besar,3 sudu gula melaka dan 3 keping asam gelugur. Biarkan selama 10-15 minit didapur atau sehingga mendidih.
Langkah Ke 2

Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar,bersihkan dan bersedia untuk dikisar.
Langkah ke 3

Sebelum Mengisar bahan-bahan di atas, panaskan minyak dengan api yang sederhana dalam periuk yang sesuai, blh juga menggunakan kuali .ikut citarasa masing-masing.
Langkah ke 4

Gambar diatas, bahan-bahan yang telah dikisar dalam gambar langkah ke2.
Langkah ke 5

Bahan-bahan yang dikisar tadi,dan telah dimasukkan kedalam periuk yang berisi minyak sederhana panas.
Langkah ke 6

Santan daripada kelapa,boleh juga guna santan kotak. Biasanya mokwea akan guna sebiji kelapa untuk sekilo ikan,santan ni bergantung kepada banyak mana ikan yang kita guna.
Langkah ke7

Setelah santan dimasukkan kedalam periuk bersama bahan yang dikisar tadi,,itulah hasilnya,biarkan ia mendidih dan pastikan sentiasa dikacau, untuk elakkan kuah keluar daripada periuk.
Langkah ke 8

Masukkan air rebusan ikan tongkol tadi, klu tidak mahu guna air rebusan ikan,pun boleh masukkan air biasa. Air rebusan ikan akan memekatkan lagi kuah dan rasanya lebih sedap daripada campuran air.ikut citarasa masing-masing.
Langkah ke 9

Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi,masukkan lada sebagai hiasan kepala resepi kita pada kali ini.bila mana keluar minyak diatas permukaan periuk,itu menandakan kari iakn telah masak, dan bersedia untuk dihidang bersama nasi dagang.
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti ikan tongkol masak lemak di resepi yang lain.
Tips untuk Kari Ikan Nasi Dagang yang Sedap
- Jenis Ikan: Ikan tongkol sering digunakan untuk rasa asli Terengganu, tetapi ikan tenggiri atau kembung juga sesuai.
- Rasa Kuah: Biarkan kari mereneh dengan api kecil supaya rempah sebati dan kuah lebih pekat.
- Asam Gelugur: Tambahkan asam secukup rasa untuk memberi keseimbangan rasa masam dan lemak santan.
Selamat Mencuba.!!!
Tinggalkan Komen Anda..