
Karipap, juga dikenali sebagai curry puff, merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia. Ia diisi dengan campuran kentang, ayam atau daging, bersama rempah ratus aromatik. Rahsia karipap terletak pada kulit yang rangup dan intinya yang kaya dengan rasa. Karipap bukan sahaja dihidangkan sebagai minum petang, malah sesuai untuk majlis-majlis keramaian. Untuk memastikan karipap kekal rangup, teknik menguli doh dan menggoreng adalah kunci utama.
Di bawah ini, mokwea kongsikan resepi karipap rangup yang dijamin memikat selera!Sesuai dimakan bersama seisi keluarga atau untuk dijual. Karipap sangat digemari oleh semua lapisan umur.
Bagaimana ingin membuat kulit karipap dan inti karipap yang sedap?
Tanpa membuang masa, jom Mokwe ajarkan cara membuat kulit dan Inti karipap.
Langkah Pertama
Membuat Kulit Karipap :
Bahan-Bahan
- 1kg Tepung Gandum
- 100g Margerin
- 100 ml Minyak Masak
- Setengah Sudu Garam
- 260ml Air sejuk
Cara-Cara Menyediakannya
- Panaskan minyak dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega sebati dengan minyak, kemudian Ketepikan.
- Masukkan campuran minyak dan mentega tadi ke dalam tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tak melekat di tangan.
- Bentukkan tepung yang diuli bulat-bulat.
- Kemudian bentukkan dia menjadi leper dan nipis.
Langkah Ke Dua
Membuat Inti Karipap :
Bahan- Bahan
- 15 Biji Ubi Keledek Anggaran 3 kg
- 1 Peket Serbuk kari Ayam @ Daging *
- 10 Labu Bawang Merah – cincang *
- 3 Inci Halia – Ricis Halus *
- 250g Ayam @2 keping dada ayam yang di cincang halus
- Garam Secukup Rasa
- 1 Sudu Tea Secukup Rasa Meggi
- Air Secukupnya – untuk empukkan ubi keledek
Cara-Cara Menyediakannya
- Tumis bahan bertanda * hingga naik bau dengan api yang perlahan
- Masukkan serbuk kari ayam@daging
- Masukkan ayam@daging dan ubi keledek.
- Kemudian masukkan garam dan secukup rasa meggi
- Masukkan air seakan-akan tenggelam ubi dalam kuali, dan masak dengan api perlahan hingga ubi empuk dan air kering. Jangan lupa kacau sekali-sekala untuk mengelakkan keledek hangus dan melekat di kuali.

Cara-Cara Buat Karipap Frozen
Untuk frozen:-
Pelbagai cara untuk frozenkan karipap. Mokwe buat yang paling senang dengan cara ini. Selepas siap di klim, panaskan minyak dengan api yang perlahan dan goreng hingga kulit bertukar warna putih. Sejukkan sebelum dibungkus. Masukkan bungkusan dalam peti ais atau freezer. Bila masa nak goreng tak perlu dinyahbekukan. Terus goreng dengan api sederhana untuk elakkan kulit karipap menggerutu. Simple sahaja…buat banyak-banyak dan bekukan. Nak makan nanti tinggal goreng sahaja.
Selamat Mencuba.
Inti Karipap yang belum empuk lagi dan takat air yang sesuai untuk empukkan ubi.

Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti resepi sardin gulung (Roll), kueh tepung ubi manis di resepi yang lain.
Tinggalkan Komen Anda..