RESEPI KERABU KAKI AYAM

Resepi Kerabu Kaki Ayam

Bertemu kembali menu rare mokwea, iaitu resepi kerabu kaki ayam. Menu ini sangat digemari oleh ahli keluarga mokwea. Sekiranya semua ahli keluarga mokwea berkumpul, sudah tentu menu ni ada dalam hidangan besar keluarga mokwea.

Read more: RESEPI KERABU KAKI AYAM

Cara untuk menyediakan menu ini amat mudah, disini mokwea sediakan cara-cara untuk menyediakan kerabu kaki ayam.

Bahan-bahan

  1. Kaki Ayam 1Kg (direbus)
  2. Tomato 2 BIJI (dihiris ) *
  3. Bawang Putih 3 Ulas (dicincang)*
  4. Bawang Besar Sebiji (dihiris)*
  5. Serai 2 batang (hiris )*
  6. Halia Seinci (dihiris mayang)
  7. Cili Padi 10 Biji (ikut suka) dihiris *
  8. Daun Ketumbar (dihiris)*
  9. Lobak Merah (carrot) 1 biji (dihiris panjang)*
  10. Gula 1 sudu *
  11. Gula Kabong 1 sudu *
  12. Garam 1/2 sudu *
  13. sos ikan @ kicap sotong *

LANGKAH PERTAMA

( rebus kaki ayam ) sekurang-kurangnya 2 jam,api yang perlahan. jaga paras air dalam rebusan.bagi semua kaki ayam tenggelam,untuk mengelak kaki ayam menjadi hitam.dan selepas rebus selama 2 jam pastikan kaki ayam sudah empuk,tutup api kemudian toskan kaki ayam tersebut.

tips :

Sekiranya tulang-tulang kaki ayam dah terkeluar.itu sudah dikira kaki dah empuk.

LANGKAH KEDUA

Gaul bersama gula kabung + gula biasa + garam + limau nipis dan bahan2 yang bertanda *.

Kemudian masukkan kaki ayam yang direbus tadi.gaul sama rata dan rasa secukupnya kemanisan kepedasan dan kemasaman.

Hiaskan pinggan dengan salad.boleh terus hidangkan kerabu kaki ayam yang sangat best.makan bersama nasi panas-panas.

Tips Tambahan:

Kerabu ini boleh juga ditambah dengan bahan lain seperti mangga muda atau daun selom untuk variasi.

Jika suka lebih pedas, tambahkan lagi cili padi.

Untuk tekstur kaki ayam lebih lembut, rebus dalam periuk tekanan.

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Kerabu Mangga Ikan di resepi yang lain.

selamat mencubaaa !!!

4.7 3 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments