
Masak kicap daging merupakan hidangan klasik Malaysia yang digemari ramai kerana rasa manis, masin, dan aromatik daripada kicap dan rempah. Hidangan ini sesuai dihidangkan bersama nasi panas dan sayur sebagai pelengkap. Rahsianya terletak pada pemilihan kicap yang berkualiti serta cara memasak yang memastikan daging kekal empuk dan berperisa.
Dalam resepi ini, kita akan menggunakan bahan asas seperti daging, kicap manis, bawang, dan rempah ratus bagi mengekalkan keaslian citarasa tradisional. Tips untuk mendapatkan daging yang lembut adalah dengan menggunakan api sederhana serta memastikan daging dimasak dalam tempoh masa yang cukup untuk perapan meresap.
Menu ni sangat mudah untuk disediakan dan sangat sedap menjadi hidangan keluarga dan anak2 sangat berselera ketika menikmatinya.
Dengan resepi masak kicap daging ini, anda pasti dapat menyediakan hidangan yang lazat dan memuaskan untuk keluarga. Hidangan ini bukan sahaja cepat disediakan, tetapi juga menepati selera tempatan.
Bahan-Bahan Yang Perlu Disediakan
- 1 kg daging > hiris,basuh dan toskan.
- 7-10 ulas bawang merah *
- 5 ulas bawang putih*
- 5 biji cili kering*
- 1 inci halia*
- 2 batang serai
- 2 hiris asam keping
- Kicap manis
- Garam
- Secukup rasa meggi.
- Air > untuk jadikan kuah.
- 3 sudu minyak masak untuk menumis.
Bahan Tambahan
Bawang besar > potong 4@6
Lada besar merah hiris memanjang
Tomato > potong 4@6.
cara menyediakannya,belander semua bahan-bahan yang bertanda *,bawang merah,bawang putih,halia,cili kering,kemudian sedia untuk menumis.


apabila dibiarkan tumisan mendidih dan bawang telah masak,minyak akan naik keatas,menandakan bawang telah masak.kemudian masukkan kicap.



daging sudah menyecut dan air daging sudah keluar,dan menjadi separuh masak,air sudah kering sedikit.boleh masukkan air untuk menjadikan ia kuah,dan perasakan dengan garam dan secuit secukup rasa meggi.

air yang telah di tuangkan kedalam periuk,biarkan sehingga mendidih dan pastikan daging sudah empuk.

menu daging masak kicap ni sesuai di masak ketika kenduri dan juga hari raya.menu yang sangat mudah dan sedap dimakan ketika semua keluarga berkumpul. selamat mencubaaa !!!
Tips Memasak:
Pelbagai Hidangan: Hidangan ini juga boleh ditambah dengan kentang atau sayuran seperti lobak merah dan kacang panjang.
Pemilihan Daging: Gunakan bahagian daging yang lembut seperti bahagian batang pinang untuk hasil terbaik.
Teknik Empuk: Jika ingin daging lebih empuk, boleh guna teknik renehan lebih lama atau gunakan periuk tekanan.
Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Singgan Daging Kelate , Daging Masak Hitam Simple berkaitan dengan bahan yang menggunakan daging.
Tinggalkan Komen Anda..
tq mokwea,,terbaik la
boleh try ye
Sedap2
buat2 la nnt ye
Terbaik
tq acik
Akan dtggu resepi nasi ayam😊
ok,nant akak buat resepi nasi ayam yer,tq