RESEPI PERCIK IKAN BAKAR

Resepi Percik Ikan Bakar

Percik Ikan ialah hidangan tradisional Melayu yang sangat popular, terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini terkenal kerana kuahnya yang pekat dan berempah, disalut sempurna pada ikan yang dipanggang. Biasanya, ikan seperti kembung, tenggiri, atau siakap digunakan, dan ia sering dihidang bersama nasi panas. Kelezatan sebenar Percik Ikan terletak pada keseimbangan rasa lemak santan, pedas cili, dan sedikit manis gula melaka atau gula perang.

Menu ini sesuai untuk dibuat berbuka puasa, atau hidangan makanan tengahari, Kalau di Bazar Ramadhan, Menu ni menjadi pilihan bagi penggemar menu percik.

Semua anak-anak Mokwea menggemari menu ini. Biasanya, kalau keluarga Mokwea berkumpul, pasti menu ini akan dimasak oleh keluarga Mokwea. Jom Mokwea ajar masak resepi ini, langkah demi langkah Mokwea tunjuk ajar cara-cara memasak menu ini.

Bagaimana cara memasak menu Percik Ikan Bakar ni ?


Mokwea akan ajar Langkah demi Langkah bagi menyediakan Resepi Ikan Percik Bakar versi Kelantan.

Bahan-Bahan

  • Ikan selar @ ikan kembung / temenung
  • Biji bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Cili kering
  • Santan Kelapa
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

Langkah Pertama


Perapan Ikan Bakar

  • Serbuk kunyit
  • garam
  • ikan yang telah di cuci sejat dan dikelar panjang.
Tip:

gaul kunyit bersama garam dan lumurkan pada ikan.biarkan beberapa minit sebelum di bakar.

Ikan selepas di perap bersamam garam serbuk kunyit dan bersedia untuk di panggang.

Ikan selepas di perap bersama garam serbuk kunyit dan bersedia untuk di panggang.


Bakar Ikan

bakar ikan di atas bara api yang perlahan,boleh pusingkan ikan setelah sebelah telah masak.

Seterusnya, bakar ikan di atas bara api yang perlahan,boleh pusingkan ikan setelah sebelah telah masak.

TIPS :: bagaimana nak tahu ikan telah masak? biasanya biji mata ikan yang dibakar akan menjadi gelembung seolah- olah mahu pecah. itu petandanya ikan itu telah masak. Boleh la angkat dan ketepikan.

Langkah Kedua

Kuah Percik

kuah percik ikan

Bahan-bahan

  • 5 biji bawang merah*
  • 1 labu bawang putih*
  • 5@8 tangkai cili kering/ikut kepedasan(direbus )*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai
  • 1 biji kelapa ( jadikan 4 cwn santan)
  • Gula melaka @ gula putih
  • Gula, garam & perasa

Cara-Cara Menyediakan Percik Ikan

Kisar bawang merah, bawang putih, halia ,cili kering.(Bahan bertanda *)

masukkan bahan kisar tadi kedalam santan dan panaskan di atas dapur..

Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.

Masukkan serai yang telah di ketuk

Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa..

Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ikan yang sudah dibakar…

Pastikan kuah mendidih lama,untuk pastikan semua bahan2 yang dikisar masak dengan elok. kalau yang biasa Mokwea buat,biar kan mendidih dengan lama sampai kuah naik minyak kelapa.
TIPS MENJADIKAN PERCIK IKAN LEBIH SEDAP

Tips nak lagi sedap, ikan yang dibakar menggunakan arang dan di tiitikkan kuah percik atas ikan ketika membakar untuk mendapatkan rasa ikan yang lebih enak!

percik ikan
Info!!!

Ikan yang biasa Mokwea buat untuk percik , ikan kembung @ ikan temenung.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa seperti ikan tongkol masak lemakNasi Lemak Ikan BilisResepi Kari Ikan Nasi Dagang di resepi yang lain.

Selamat Mencuba!!

4.8 4 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
affnil
affnil
3 years ago

wah,,,sedapnya menu percik ni mokwea,tq mokwea.