
Assalamualaikum
Pisang goreng adalah kudapan popular di Malaysia dan Indonesia, terkenal kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam. Ia mudah disediakan dan sangat digemari sebagai hidangan petang. Rahsia pisang goreng yang sedap terletak pada pemilihan pisang yang sesuai dan adunan tepung yang tepat. Artikel ini akan berkongsi resepi pisang goreng bersama beberapa petua untuk memastikan hasil yang rangup dan enak.
Pisang yang panas-panas sangat sedap dimakan bersama dengan seisi keluarga ketika pada waktu petang. Mokwea akan tunjukkan bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan pisang goreng yang rangup.
Bahan-Bahan:
- 10 biji pisang
- 1 peket tepung beras
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu tea kapur makan
- 1 sudu tea garam
- Setengah sudu kecil pewarna kuning
- 300ml air
Cara Penyediaan Pisang Goreng

- Pisang di kupas dan di belah 2 atau 3 belahan. ( bergantung dengan selera masing)

- Mula-mula campurkan kapur dengan air, lepas tu campur bahan-bahan yang lain dan gaul sehingga sebati. Bancuhan tersebut janganlah pekat sangat dan agak-agak bila dah angkat tangan dari bancuhan tepung bangcuhan jatuh laju.
- Masukkan pisang yang telah dihiris ke dalam tepung yang digaul sebati tadi.
- Panasakan minyak di atas dapur dan bila minyak betul-betul panas, boleh la mula mengoreng

Tips Pisang Goreng Lebih Rangup dan Wangi
Suhu minyak: Minyak yang terlalu panas akan membuat pisang cepat hangus, manakala minyak yang tidak cukup panas menyebabkan adunan menyerap banyak minyak.
Pilih pisang yang masak sempurna: Pisang Raja atau Tanduk memberikan rasa manis dan tekstur yang baik.
Air sejuk atau air berkarbonat: Penggunaan air sejuk membantu menghasilkan adunan yang lebih rangup.
Tambah tepung beras: Tepung beras memberikan lapisan luar yang lebih garing.
Sekiranya tidak ada pisang,boleh diganti dengan ubi keledek@ubi manis
Nota:
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti resepi sira pisang , kueh tepung ubi manisdi resepi yang lain.
Tinggalkan Komen Anda..
selamat mencuba