Resepi Sambal Tumis Sotong

Sambal tumis sotong ialah hidangan popular di Malaysia yang memikat dengan rasa pedas, manis, dan masin. Sotong yang lembut digandingkan dengan sambal tumis pekat yang kaya dengan cili kisar, bawang, dan halia. Hidangan ini sering dinikmati bersama nasi putih panas dan sesuai untuk makan tengah hari atau malam. Dalam resepi ini, mokwea akan berkongsi teknik memasak sambal tumis sotong yang sedap dan tips untuk memastikan sotong kekal lembut dan tidak liat.

Bahan-bahan:

  • 2kg sotong (bersihkan dan potong gelang)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 4 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 Labu bawang putih (dikisar)
  • 200g cili kering
  • Seinci halia
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara Memasak Sambal Tumis Sotong:

Potong dan bersihkan sotong

Toskan sotong yang telah dicuci bersih.

Bahan-bahan kisar

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dan sambal menjadi pekat serta sedikit gelap.
  3. Tambahkan gula . Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan sotong dan masak selama 2-3 minit sahaja untuk elak sotong menjadi liat.
  5. Tambah garam dan gula mengikut rasa. Biarkan sambal sedikit kering dan pekat.
  6. Angkat dan hidangkan sambal tumis sotong bersama nasi panas.

Tips Tambahan:

Jika suka pedas, tambahkan lebih banyak cili padi kisar.

Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.

Sambal boleh ditambah dengan petai atau tomato untuk variasi rasa.

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Sotong Sumbat di resepi yang lain.

0 0 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments