
Sardin Gulung Inti Ikan adalah inovasi daripada karipap tradisional. Berbanding kaedah biasa yang memerlukan proses mencantum dan mencubit tepian karipap bagi memastikan ia tertutup rapi, teknik menggulung lebih ringkas dan cepat. Hidangan ini memikat hati ramai kerana intinya berasaskan ikan, yang menghasilkan aroma dan rasa sedap , selain menjadi pilihan lebih sihat berbanding inti daging atau ayam.
Sardin gulung yang digoreng atau dibakar, menghasilkan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Kombinasi ini menjadikan sardin gulung sesuai untuk sarapan pagi, hidangan minum petang, kudapan untuk keluarga dan tetamu. Di samping itu, sardin gulung juga sangat popular sebagai hidangan dalam majlis keramaian, potluck, atau jamuan sekolah kerana ia mudah dihidang dan dimakan.
Langkah-Langkah Penyediaan :
1. Membuat Kulit :
Bahan-Bahan
- 1kg Tepung Gandum
- 100g Margerin
- 100 ml Minyak Masak
- Setengah Sudu Garam
- 260ml Air sejuk
Cara-Cara Menyediakannya
- Panaskan minyak dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega sebati dengan minyak, kemudian Ketepikan.
- Masukkan campuran minyak dan mentega tadi ke dalam tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tepung tak melekat di tangan.
- Bentukkan tepung yang diuli bulat-bulat.
- Kemudian bentukkan dia menjadi leper dan nipis.
2. Membuat Inti Ikan :
Bahan- Bahan
- 3 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
- 5 biji bawang besar (dicincang halus)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 5 biji cili kering (dihiris) – pilihan untuk pedas
- 5 sudu Sos cili
- 1 sudu kecil garam
- 5 sudu gula
- 5 sudu besar minyak (untuk menumis)
Cara-cara menyediakannya
- Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili hingga naik bau.
- Tumis hingga naik minyak dan berbau harum
- Tambah isi ikan dan kemudian perasakan dengan garam dan gula.
- Kacau rata dan sejukkan inti sebelum digunakan.

Langkah-Langkah Penyediaan
1. Membentuk dan Menggulung Sardin Gulung:
- Letakkan satu sudu inti ikan di hujung doh dan gulung kemas.
- Tekan hujung gulungan untuk memastikan ia melekat. Boleh sapu sedikit air jika perlu.
- Ambil sedikit doh dan canai nipis menjadi bentuk bulat bujur.
2. Goreng Hingga Keemasan:
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
- Goreng karipap gulung hingga warna keemasan dan rangup.
- Angkat dan toskan minyak menggunakan tisu dapur.
Tips dan Cadangan:
- Boleh Guna Sardin: Jika mahu lebih mudah, boleh gantikan ikan kembung dengan sardin dalam tin.
- Simpan dalam Peti Sejuk: Karipap gulung boleh disimpan dalam peti sejuk beku dan digoreng bila perlu.
- Air Fryer atau Bakar: Untuk versi lebih sihat, bakar karipap pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau guna air fryer.
Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti kueh tepung ubi manis di resepi yang lain.
Selamat Mencuba!!
Tinggalkan Komen Anda..