RESEPI SATE AYAM SEDAP

Resepi Sate Ayam Sedap

Siapa yang boleh menolak keenakan sate ayam yang diperap dengan sempurna dan dibakar hingga garing di luar tapi kekal lembut di dalam? Hidangan tradisional ini bukan sahaja digemari ramai, malah menjadi pilihan utama untuk majlis seperti rumah terbuka, kenduri, atau BBQ bersama keluarga. Sate ayam yang enak bukan sekadar bergantung kepada daging yang lembut, tetapi juga pada perapan rempah yang meresap dan kuah kacang pekat berlemak. Dengan resepi ini, anda boleh menyediakan sate ayam homemade yang menandingi keenakan gerai terkenal – mudah, sedap, dan pasti memikat selera semua!

Sate juga merupakan makanan yang terkenal di asia tenggara . Terdapat pelbagai jenis sate seperti sate ayam, sate kambing, sate daging dan banyak lagi.

Bagaimanakah cara untuk membuat sate ayam yang sedap dan mudah? Jom follow mokwea dan mokwea akan tunjukkan cara dan langkah demi langkah bagi memudahkan penyediaan sate. Di bawah mokwea sediakan resepi untuk membuat sate untuk 10kg ayam.

BAHAN-BAHAN

  • 10kg Ayam potong halus.
  • Bawang putih 3 sudu*
  • Halia 3 sudu*
  • Rempah Kari 3 sudu*
  • Lengkuas 2 sudu*
  • Serai 3 sudu*
  • Jintan manis 3 sudu*
  • Jintan putih 3 sudu*
  • Ketumbar.3 sudu*
  • Kunyit 3 sudu*
  • Garam 2 sudu
  • Gula 1/2 hngg 1kg.
  • Lidi sate sebungkus

LANGKAH PERTAMA

Asingkan isi ayam dan tulang ayam didalam bekas yang berlainan. Kemudian basuh isi ayam sehingga bersih. Lumurkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir ayam. Basuh lagi dengan air bersih.
Toskan airnya dan ketepikan.
Gambar diatas bahan-bahan yang bertanda * dikisar

Gambar isi ayam yang telah siap diperap.
Selepas sejam diperap, proses mencucuk dah boleh mula, cara susun semasa cucuk isi sate ayam senang sahaja,pertama isi ayam diselang seli dengan kulit ayam,contoh ada dalam gambar diatas. Sedap dimakan sekiranya diselang seli dengan kulit ayam. Bergantung juga dengan selera masing-masing,mokwea lebih suka diselang seli dengan kulit.
Inilah hasilnya selepas proses mencucuk isi sate ayam.
Proses membakar sate amat senang, siapkan bara api dan boleh mula membakar, andaikata tidak ada tempat pemanggang api, boleh juga dibakar atas Pan @ Oven.
Tips untuk Sate Ayam Lebih Sedap
Perap lebih lama: Untuk rasa rempah lebih meresap, perap ayam semalaman.
Gunakan arang: Sate yang dibakar dengan arang memberi aroma yang lebih sedap dan autentik.
Sapuan minyak: Campurkan sedikit margarin dalam minyak untuk sapuan ketika membakar bagi rasa lebih berlemak.
Paha Ayam: Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan ayam bahagian peha kerana lebih lembut.
Sate boleh juga dihidangkan dengan nasi impit, bawang, dan timun sebagai pelengkap.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Singgan Daging Kelate , Daging Masak Hitam Simple dan Masak Kicap Daging berkaitan dengan bahan yang menggunakan daging.

selamat mencuba!!!!!

3.7 3 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments