Resepi Singgan Daging Kelate

Resepi Singgang Daging Kelantan

Bertemu lagi dengan menu special daripada mokwea, Resepi Singgan Daging Kelate. Menu Singgang daging Kelantan memang agak susah untuk dijumpai di mana-mana negeri lain selain daripada Kelantan. Perbezaan singgang daging dengan singgang negeri lain adalah warna dan rasanya. Singgan negeri kelantan rasanya lebih sedap dan warnanya lebih menawan dan terang.hahaha..buat dulu baru tau warna singgan tu macam mana,,,

Biasanya, masakan ini banyak disediakan atau di masak di majlis kenduri kesyukuran seperti aqiqah,kenduri kahwin dan Raya Qorban. Raya qorban menu yang rare ialah singgang,tidak muak dan lebih berselera. Untuk menyediakan menu singgang daging Kelantan ni tidak lah susah sangat, boleh follow resepi yang mokwea sediakan dia bawah ini.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg daging | hiris/potong kecik *
  • 1½ inci lengkuas | ketuk *
  • 1 inci halia | hiris memanjang, kecil-kecil*
  • 3 ulas bawang putih | mayang *
  • 4 ulas bawang merah | mayang*
  • 3 tangkai lada kering | tumbuk bersama ketumbar (tidak lumat) *
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula
  • Budu
  • Air

CARA PENYEDIAAN

  1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
  2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). Inilah rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan-bahan masuk ke dalam daging.
  3. Masukkan air.
  4. Biarkan sehingga daging empuk.
  5. Masukkan garam dan asam keping. Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  7. Boleh dihidangkan.

Langkah-Langkah Penyediaan

Langkah Pertama. Basuh daging yang dihiris sehingga bersih dan rebus daging tanpa air sehingga keluar air daging.kemudian masukkan sedikit air (supaya daging tenggelam dalam air

Langkah Kedua, sediakan bahan-bahan diatas.

Langkah Ketiga. Rebus daging sehingga empuk

Langkah Keempat. Masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk ‘budu’

Langkah Kelima. Biarkan singgan daging sehingga menggelegak dan emput.

Langkah Keenam. Boleh hidangkan menu setelah masak.

Menu ini menu yang sentiasa dibuat oleh keluarga mokwea terutama ketika hari raya korban.Dimasak untuk dimakan selepas selesai menunaikan Majlis Korban.

Tips untuk Singgang Daging yang Lebih Lazat

  • Boleh tambah sayur seperti bendi atau terung untuk variasi.
  • Gunakan daging batang pinang atau daging yang sedikit berlemak untuk tekstur lebih lembut.
  • Biarkan kuah mereneh lebih lama untuk menyerapkan semua rasa.
Petua:

Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Daging Masak Hitam Simple Resepi Daging Masak Kerutuk Kelantan Asli dan Masak Kicap Daging berkaitan dengan bahan yang menggunakan daging.

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!!

3 4 votes
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ammu
Ammu
1 year ago

Terbaik ni 😘