RESEPI SOLOK LADA SEDAP

Resepi Solok Lada Sedap

Resepi Solok Lada Versi Kelantan. Solok Lada adalah salah satu menu tradisional dari Negeri Kelantan.Hidangan ini terdiri dari lada hijau @ lada besar yang diisi dengan campurani isi ikan,kelapa dan lain-lain lagi. Rasanya lemak dan pedas. Makanan ini sangat popular kepada penduduk di negeri Kelantan dan juga pengunjungnya.

Menu ini juga merupakan menu kegemaran mokwea, mokwea akan menunjukkan cara-cara menyediakan Resepi Solok Lada Versi Kelantan

Berikut adalah resepi untuk membuat Solok Lada Kelantan:

Bahan-bahan:

  • 20 biji lada besar
  • 500 gram ikan tenggiri atau ikan kembung (dikisar)
  • 500 gram kelapa putih muda parut
  • 250 gram kelapa goreng
  • 5 biji bawang merah dicincang halus
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk halus
  • Gula
  • Garam
  • ½ cawan santan segar pekat
  • telur sebiji

Cara-cara membuatnya:

Bahan-bahan dalam solok Lada
Untuk buat Solok Lada,pilihla lada yang segar

Langkah Pertama

  1. Pilih lada yang besar .panjang dan gemuk,kemudian bersihkan lada dari bijinya dengan membelah bahagian tengah lada dan buang bijinya, sehingga kosong. Sekiranya mau rasa pedas lebih,jangan buang semua bijinya.
Ramuan Lada Solok
Lada Solok yang siap diisi, dan dimasak dengan santan

Langkah kedua

  1. Ikan diambil isi dan dikisar hancur. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam dikisar halus. 
  2. Satukan semua bahan yang dikisar di atas dengan kelapa muda parut dan kelapa goreng. Gaul bagi rata. Masukkan telur sebiji, garam dan gula secukup rasa. 
  3. Isi bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam perut lada sehingga penuh.
Solok Lada yang siap dan boleh dihidang

Langkah ketiga

  • Susun lada solok tadi kedalam periuk dan masukkan santan dan masak sehingga buah lada berubah warna.
  • Sekiranya santan didalam periuk tadi dah hampir kering, itu tandanya solok lada dah masak.
  • Hidangkan bersama nasi yang panas-panas.Sungguh enak tak terkata.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti resepi Kerabu Ikan Manggaikan tongkol masak lemak di resepi yang lain.

Tips untuk Solok Lada Lebih Sedap

Perap seketika: Biarkan Solok Lada sejuk seketika sebelum dihidang supaya rasa lebih sebati.

Gunakan ikan segar: Untuk rasa lebih enak, gunakan ikan segar seperti ikan tenggiri atau ikan kembung.

Kawal tahap pedas: Jika tidak suka pedas, gunakan lada besar jenis yang kurang pedas.

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti resepi sardin gulung (Roll), kueh tepung ubi manis di resepi yang lain.

Selamat Mencuba!!

5 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments