Resepi Sup Tulang

Resepi Sup Tulang

“Resepi sup tulang lembut dan beraroma dengan rempah ratus yang memikat. Sesuai untuk makan tengah hari atau malam” , biasanya daging lembu, tulang atau bidai ( tulang rusuk) dan kaki lembu dijadikan bahan untuk dibuat sup

Mokwea ingin berkongsi Resepi Sup Tulang turun temurun daripada keluarga mokwea. Menu sup tulang ini sangat digemari oleh semua ahli keluarga mokwe.

Andai kata ada perayaan atau kenduri, bonda mokwea akan menyediakan menu sup tulang buat anak-anak dan cucunya.

Nak tau cara masak Sup tulang yang sedap!! dibawah ni mokwea akan tunjuk cara-cara dan dan langkah demi langkah.

BAHAN-BAHAN

  1. 2 kg Tulang Lembu (Bidai-bidai (rusuk) @ kaki lembu) dan daging
  2. 1 peket sup bunjut adabi
  3. 6 Ulas bawang merah ( dihiris nipis)
  4. 4 Ulas bawang putih (hiris nipis)
  5. 2 inchi Halia ( dihiris nipis )
  6. 3 inchi Lengkuas
  7. Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Hiasan

  1. 1 Biji Tomato
  2. Daun Sup
  3. Daun Bawang
  4. 3-4 biji cili padi – hiris
  5. 2 Batang serai
  6. Asam Limau

Langkah Pertama

Cuci bersih tulang yang ingin dimasak dan masukkan kedalam bekas untuk direbus, biarkan ia mendidih beberapa jam (kaki lembu) sekiranya tulang biasa, bergantung kepada cepat lembut daging ditulang.

Langkah Kedua

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga perang.  Masukkan halia dan lengkuas. Kacau sebentar. Masukkan rempah sup termasuk sup bunjut, kacau sebentar. Masukkan tulang. Masakkan tulang sambil dikacau hingga air tulang dan daging keluar. Masak hingga airnya hampir kering. Baru masukkan air secukupnya. Tutup periuk dan rebus tulang. Bila dagingnya hampir empuk baru masukkan garam. Tambah air jika perlu dan rebus lagi hingga daging empuk. Bila empuk, hidangkan sup bersama bahan hiasannya.siap.

Tips untuk Sup Tulang yang Sempurna

Variasi Sayur: Anda boleh tambah bendi, kubis bunga, atau brokoli mengikut selera.

Reneh Lebih Lama: Daging akan lebih lembut jika direbus lama pada api perlahan.

Guna Periuk Tekanan: Untuk menjimatkan masa, anda boleh menggunakan periuk tekanan supaya daging cepat empuk.

Kelebihan Sup Tulang

  • Hidangan yang Berkhasiat: Sup ini kaya dengan mineral daripada tulang dan sayuran.
  • Sesuai untuk Semua Cuaca: Sup tulang yang panas sangat sesuai dinikmati pada hari sejuk atau ketika badan memerlukan pemulihan.

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti Resepi Daging Masak Hitam Simple Resepi Daging Masak Kerutuk Kelantan Asli dan Masak Kicap Daging berkaitan dengan bahan yang menggunakan daging.

selamat mencuba semua!

5 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments