Resepi Sira Pisang Versi Kelantan.

Sira pisang merupakan salah satu manisan tradisional popular di Malaysia dan sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau juadah petang. Dengan kombinasi pisang masak bersama air gula pekat yang harum dan kaya dengan daun pandan serta bunga cengkih, hidangan ini menawarkan rasa manis dan aroma wangi yang memikat. Resepi ini amat mudah diikuti dan bahan-bahannya tidak sukar didapati.

Alhamdulilah hari ni mokwea nak berkongsi menu rare bulan Ramadhan,akan tetapi sekarang bukan bulan ramadhan pun,lidah terasa nak makan. Sangat mudah menyediakannya. Anak2 pun suka makan.

Bahan-bahan :

  • 30 Biji Pisang (abu @ pisang saba @ berangan @ pisang nangka )
  • 1 Cawan Gula
  • 1 sudu tea Garam
  • Sedikit Pewarna kuning
  • 5 Biji bunga cengkeh
  • Sedikit Air
  • 2 helai daun pandan

Langkah Penyediaan.

Pisang Kebatu @ pisang abu,boleh gunakan pisang Berangan atau pisang Nangka.

Langkah kedua

Sediakan gula + bunga cengkeh + sedikit garam dan sedikit pewarna kuning.

Langkah ketiga

Kupas kulit pisang dan masukkan kedalam periuk dan simpul daun pandan bersama,

Langkah keempat

Masukkan air dan semua bahan2 lain dalam periuk.gula, garam ,pewarna kuning, bunga cengkeh dan air.selepas itu boleh masak atas dapur dengan api yang perlahan.tutupkan periuk untuk pisang masak serata.

>> untuk kurangkan rasa manis, kurangkan sikit sukatan gula.

Langkah terakhir.

Setelah 10 minit,buka periuk dan tengok pisang telah mendidih dan menjadi lembut.maka boleh sudah tutup api. biarkan seketika untuk sejukkan.dan boleh dihidangkan.

sira pisang ini boleh disajikan untuk menu petang.makan bersama tea o.

Tips dan Variasi

Jika suka, hidangkan bersama ais krim vanila untuk kombinasi moden.

Gunakan pisang masak ranum untuk rasa lebih manis dan tekstur yang lembut.

Boleh juga ditambah sedikit kayu manis untuk memberi rasa lebih pedas manis.

Nota:

Anda juga boleh mengikuti resepi istimewa lain seperti resepi pisang goreng rangupkueh tepung ubi manisdi resepi yang lain.

Selamat Mencuba!!!

5 1 vote
Article Rating

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Affnil
Affnil
2 years ago

Bestnya kalau waktu berbuka mkn sira pisang